Kembali

Sejarah Wang Fiat & Kenapa Emas Mengekalkan Nilai

Fahami bagaimana wang kertas dicipta dan mengapa nilainya sentiasa menyusut dari tahun ke tahun, manakala emas kekal sebagai pelindung kekayaan sebenar.

Oleh Nurul Izzati

Pada suatu ketika dahulu, wang kertas yang kita gunakan hari ini disandarkan kepada rizab emas fizikal. Ini bermakna, untuk setiap RM10 yang dicetak oleh bank pusat, mesti ada jumlah emas yang bersamaan nilainya disimpan di dalam peti besi negara.

Namun, sejak sistem Gold Standard dihapuskan secara berperingkat bermula tahun 1971, wang kertas tidak lagi disandarkan kepada emas. Ia kini dikenali sebagai Wang Fiat. Nilai wang fiat hanya bergantung kepada "kepercayaan" dan undang-undang kerajaan.

Kenapa Wang Fiat Susut Nilai?

Oleh kerana wang fiat tidak lagi disandarkan kepada aset fizikal yang terhad seperti emas, kerajaan dan bank pusat boleh mencetak wang baharu dengan mudah mengikut keperluan ekonomi. Apabila jumlah wang dalam pasaran bertambah terlalu banyak (melebihi jumlah barangan dan perkhidmatan), nilai wang tersebut akan jatuh.

Inilah fenomena yang kita panggil sebagai inflasi.

Sebagai contoh, jika pada tahun 2004 anda boleh membeli seekor kambing dengan harga RM1,000, hari ini RM1,000 yang sama mungkin hanya cukup untuk membeli sebahagian kecil sahaja daripada kambing tersebut.

Kenapa Emas Mengekalkan Nilai?

Berbeza dengan wang kertas, emas tidak boleh dicetak.

Bekalan emas di dunia adalah terhad dan proses melombong emas amat sukar serta memakan kos yang tinggi. Ciri-ciri inilah yang menjadikan emas sebagai wang sebenar yang mengekalkan kuasa belinya (Purchasing Power) sepanjang zaman.

  1. Terhad & Sukar Diperolehi: Tuhan telah mencipta emas dalam kuantiti yang sangat terhad di muka bumi.
  2. Kalis Inflasi: Apabila nilai mata wang jatuh (inflasi), harga emas biasanya akan naik bagi mengimbangi penurunan nilai mata wang tersebut.
  3. Diterima Seluruh Dunia: Tidak kira di mana anda berada, emas sentiasa laku dan diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai (store of value).

Kesimpulan

Simpanan dalam bentuk wang tunai adalah penting untuk kegunaan kecemasan jangka pendek (3-6 bulan gaji). Namun, untuk simpanan jangka masa panjang (melebihi 2 tahun), menukar sebahagian wang kertas anda kepada emas fizikal adalah langkah yang paling bijak untuk melindungi titik peluh dan kekayaan anda daripada dihakis oleh inflasi.

Ambil langkah seterusnya

Jawab kuiz ringkas untuk pelan simpanan emas peribadi anda.

Ambil kuiz