Harga Emas Semasa

Semak harga emas fizikal terkini yang dikemas kini setiap hari secara automatik. Harga telus tanpa caj tersembunyi.

Tentang Harga Emas Hari Ini di Malaysia

Semak harga emas fizikal hari ini di Malaysia — Gold Accumulation Program (GAP), jongkong emas 999.9, dan dinar emas. Papan harga di atas dikemas kini secara automatik berdasarkan harga pasaran antarabangsa (LBMA) dan nilai tukaran Ringgit. Semua harga adalah rujukan pasaran/ilustrasi, bukan tawaran jualan langsung.

Soalan Lazim tentang Harga Emas

Berapa harga emas hari ini di Malaysia?

Harga emas fizikal di Malaysia berubah setiap hari mengikut harga spot antarabangsa dan nilai Ringgit. Papan harga di atas menunjukkan harga GAP, jongkong, dan dinar terkini yang dikemas kini secara automatik.

Macam mana harga emas ditentukan?

Harga berdasarkan harga spot emas antarabangsa (LBMA) yang ditukar ke Ringgit, ditambah premium untuk pengeluaran fizikal. Emas simpanan 999.9 mempunyai premium lebih rendah berbanding emas perhiasan.

Apa itu spread (harga jual vs harga beli balik)?

Spread ialah perbezaan antara harga anda beli dan harga dealer beli balik. Emas 999.9 mempunyai spread yang kecil berbanding emas perhiasan 916, yang susut nilainya boleh mencecah 20–30% apabila dijual semula.

Kenapa harga GAP berbeza dengan jongkong fizikal?

GAP membolehkan anda menyimpan nilai emas tanpa mengambil fizikal serta-merta, jadi tiada premium pengeluaran dikenakan. Apabila anda menebus emas fizikal, premium jongkong barulah dikira.

Berapa modal minimum untuk mula simpan emas?

Anda boleh mula melalui GAP dengan serendah RM100. Tidak perlu membeli satu jongkong penuh untuk bermula — anda kumpul sedikit demi sedikit.