Ya, wajib bayar zakat jika simpanan emas anda memenuhi syarat.
Bagi emas simpanan (samada di dalam Akaun GAP atau fizikal di tangan), jika jumlah berat mencapai uruf 85 gram (nisab) dan disimpan cukup tempoh setahun (haul), anda wajib membayar zakat sebanyak 2.5% daripada harga semasa emas tersebut. Ini sebahagian daripada tanggungjawab untuk membersihkan dan menyucikan harta.